Pada zaman Nabi Musa AS, bani Israel
ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun berkumpul mendatangi
Nabi mereka. Mereka berkata, “Ya Kaliimallah, berdoalah kepada Rabbmu
agar Dia menurunkan hujan kepada kami”. Maka berangkatlah Musa A.S.
bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka
berjumlah lebih dari 70 ribu orang. Mulailah mereka berdoa dengan
keadaan yang lusuh dan penuh debu, haus dan lapar.
Nabi Musa berdoa, “Ilaahi! Asqinaa
ghaitsak.. wansyur ‘alaina rahmatak.. warhamnaa bil athfaal ar
rudhdha’.. wal bahaaim ar rutta’.. wal masyaayikh ar rukka’..”
Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar
makin menyilau (maksudnya segumpal awan pun tak jua muncul). Kemudian
Nabi Musa berdoa lagi, “Ilaahi.. asqinaa”..
Allah pun berfirman kepada Musa,
“Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara
kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu.
Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua.
Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian”.
Maka Musa pun berteriak di tengah-tengah
kaumnya, “Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun,
keluarlah ke hadapan kami, karena engkaulah hujan tak turun”. Seorang
lelaki menjeling ke kanan dan kiri, maka tak seorang pun yang keluar di
hadapan manusia, saat itu pula ia sedar kalau dirinya yang dimaksud.
Ia berkata dalam hatinya, “Kalau aku
keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak
berterus terang, maka hujan pun tak akan turun”. Maka hatinya pun
gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya
sambil berkata , “Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40
tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku
bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku”.
Tak lama setelah pengakuan taubatnya
tersebut, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal
menghitam, dan akhirnya turunlah hujan. Musa pun kehairanan, “Ya Allah,
Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak seorang pun yang
keluar di hadapan manusia”. Allah berfirman, “Aku menurunkan hujan
kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah
bertaubat kepadaKu”.
Musa berkata, “Ya Allah, tunjukkan
padaku hamba yang taat itu”. Allah berfirman, “Ya Musa, Aku tidak
membuka aibnya sewaktu dia masih bermaksiat kepadaKu, apakah Aku perlu
membuka aibnya sedangkan dia taat kepadaKu?”
Oh! Islam: Kalaulah bukan kerana Allah menutup aib-aib dari pengetahuan umum atas dosa-dosa yang kita lakukan, pasti keaiban kita sudah lama tersebar. Tapi cuba kita lihat anak muda sekarang, mereka tidak malu dan mereka sendiri menceritakan aib tentang diri sendiri kepada kawan-kawan seolah-olah bangga dengan perbuatan yang dilakukan. Tidak sedarkah mereka bahawa Allah telah menutup aib mereka, tapi mereka sendiri membuka pekung di dada.



No comments:
Post a Comment