Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar
bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru
tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang
yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih
sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah,
sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan
dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di
luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan
sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik
tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput
yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu
bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang
cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun
rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar
tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan
sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang
paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang
paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang
paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung
padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara
yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh
ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila
kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita
hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai
orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh
ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang
berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang
yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan
perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan
tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling
cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi
yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan
tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali
lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan
ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini,
kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan
kembali seperti sediakala.
Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki,
jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi
manusia.



No comments:
Post a Comment